About Me

Aku bermula berjinak-jinak dengan dunia online bisnes pada tahun 2009. Aku bermula dengan bisnes dropship di laman web Ebay.com. Dari situ aku mula kenal dengan cara buat duit online tanpa perlu bersemuka dengan potential client.

Kemudian aku cuba pula belajar buat duit dengan Google Adsense untuk menjana duit dalam USD. Dengan berbekalkan ilmu yang dipelajari di dalam ebook sahaja, aku mula membina website sendiri dengan menggunakan WordPress berbayar. .

Beralih pula kepada bisnes offline dalam bidang percetakan t-shirt. Maksud aku percetakan t-shirt dengan kaedah silkscreen.

Tidak cukup dengan itu aku cuba pula menjadi ejen Hartanah di salah satu company yang aku sendiri pun dah tak berapa nak ingat.

Sambil-sambil aku belajar pula melabur dalam emas.

Dan sekarang, aku cuba untuk berkongsi sedikit ilmu yang ada di dalam laman web aku sendiri. Maka terbina lah MEISTERMONEY.COM.